04.05
SEJARAH ISRAEL- PALESTINA

Tanah Rahmat
Bagi
kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan
Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan
oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi
umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid
ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi.
Bagi
penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan
Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani
Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah
itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of
Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas
kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim
dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah
sekarang.
Bagaimana
dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai
tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut,
merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa
menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.
Sejarah Awal
Kita
susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada
kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya
Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya
mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika
itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan
tersebut.
Setelah
itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin
tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin
lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan
sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku
setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam
alQuran di surah alBaqarah.
Setelah
Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut,
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun
sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan
kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah
akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel
diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali
sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak
dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah
setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih
kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja
Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan,
mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom
menguasai Palestin.
Kedatangan Islam
Palestin
kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita
Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam,
beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin
berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun
638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai
tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang
dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi,
mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya
dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.
Sejak
dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha
menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan
“fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali
Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan
pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib
(Crusades)
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula
Setelah
Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada
ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah
lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al
Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu
berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa
tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun
1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu
terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak
itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan
aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel
dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang
bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk
ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman
Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa
barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi
kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut
hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat
seperti Britain dan Perancis.
Perang Dunia Pertama
Akhirnya,
pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama
terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga
Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan
Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti
Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan
Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada
di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh
Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang
dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga
ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh
Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia,
menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu
diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa,
kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah,
manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab
Pada
ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang
semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai
Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara
Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki
Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah
dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi
tali barut Britain.
Pada
tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917,
Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai
General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi
ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.
Pada
1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian
antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika
itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada
mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu
hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil
dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama
Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan
saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya
acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang
menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman
mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya
diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan
Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan
tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan
Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada
tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian
antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya
beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Akhirnya
pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki
Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan
kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis
mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ
wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan
sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pada
tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki
Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang
Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya
mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan,
khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan
turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut
menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang
ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding
pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan
negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord
Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan
bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan
Islam.
Dalangnya
utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas
kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak
bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan
juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa
Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk
pemerintahan.
3
Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari
tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar
dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta,
dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan
berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu,
iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa
sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai
Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai
keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika
Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua,
memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya,
Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah
holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang
ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada
ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada
Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan
tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan
Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di
Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong
sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah
Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sejak
dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka
negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah
air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan
dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat
holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan
memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa
besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa
putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin
yang dirampas secara haram.
Sehingga
kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan
sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali
Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi
yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk
takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir?
Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa
dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun
tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan
Palestin.
0 komentar:
Posting Komentar